Siapa sangka yang nasihat kesihatan yang diketahui orang ramai kadang-kala merupakan mitos semata-mata?
Jika anda adalah seseorang yang
menjaga kesihatan ataupun sedang mencari cara-cara terbaik untuk
mengurangkan berat badan, ia adalah penting untuk membuat kajian sebelum
mempercayai 'fakta-fakta' yang dikatakan berkesan.
Antara mitos-mitos kesihatan yang popular adalah:
Label kurang lemak (low-fat) adalah lebih sihat
Anda haruslah lebih teliti membaca
label 'kurang lemak' kerana kadang-kala, makanan tersebut sebenarnya
mengandungi kuantiti gula yang banyak dan boleh memudaratkan kesihatan
anda. Selain itu, label seperti ini seharusnya diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan dan tidak boleh diguna untuk semua jenis produk
pemakanan.
Marjerin adalah kurang lemak banding dengan mentega
Adakah anda suka masak nasi goreng
dengan marjerin atau mentega? Kedua-dua marjerin dan mentega mempunyai
lemak yang berlainan dan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak, boleh
menjejaskan kesihatan seseorang. Marjerin mempunyai kuantiti lemak tepu
yang kurang, berbanding dengan mentega tetapi mempunyai kuantiti lemak
berhidrogen (hydrogenated) atau lemak trans (trans fat) yang tinggi.
Makanan sihat adalah lebih mahal
Siapa yang sering mempunyai persepsi
ini? Sebenarnya, jika anda mulakan tabiat memasak di rumah, makanan yang
sihat tidak mahal. Sebagai contoh, anda boleh membeli ulam-ulam di
pasar tani atau pasar pagi dan dijadikan salah satu lauk makan malam.
Makanan segar seperti sayur, daging, ayam adalah lebih murah
dibandingkan dengan makanan yang diproses. Selain itu, anda boleh sering
menjenguk pasar yang berdekatan rumah untuk mendapat harga yang lebih
berbaloi berbanding di pasar raya.
Makan dalam kuantiti kecil boleh tingkatkan metabolisma
Anda memang digalakkan untuk makan
dalam kuantiti kecil dan lebih kerap, tetapi amalan ini tidak menjamin
peningkatan kadar metabolisma badan anda. Amalan ini hanya boleh bantu
mengelakkan anda berasa lapar selepas makan sarapan atau makan tengah
hari. Oleh itu, jangan pula memberitahu rakan-rakan anda tentang fakta
yang salah.
Air putih boleh singkirkan toksin dan lemak badan
Siapa yang percaya air putih boleh
menyingkirkan toksin dan lemak dari badan anda? Sungguhpun air putih
adalah baik untuk anda, perkara ini masih belum lagi dibuktikan secara
saintifik. Seseorang yang minum air putih secukupnya akan menghidrat
badannya dengan lebih efektif. Ia juga bermanfaat kepada anda untuk
menggantikan minuman manis dan bergas dengan air putih bagi mengelakkan
masalah berat badan, masalah kesihatan seperti kencing manis dan
lain-lain.
Selepas membaca mitos-mitos ini,
adakah anda akan lebih berhati-hati apabila membuat keputusan yang boleh
menjejaskan kesihatan anda? Jika anda pernah mendengar mitos-mitos
lain, sila kongsi di sini.
Kredit gambar: Instragram.com, Tribun News, Wikipedia.com, Daily Mail UK, freeimages.com
Kredit gambar: Instragram.com, Tribun News, Wikipedia.com, Daily Mail UK, freeimages.com
0 Response to "5 mitos popular tentang penurunan berat badan"
Post a Comment