Cara kekal sihat semasa bercuti

cara-kekal-sihat-semasa-bercuti

Masa cuti adalah masa yang paling seronok dan paling ditunggu-tunggu untuk bersama yang tercinta. Pasti ramai yang akan berjalan ke kampung ataupunbercuti ke destinasi pilihan. Dugaan dan cabaran untuk menjaga pemakanan pastiada. Ada caranya untuk kekal sihat semasa bercuti antaranya ialah:

Minum Air Kosong
Air kosong adalah sangat penting untuk tubuh anda. 8 gelas sehariamat penting tetapi lebihkan jumlah tersebut apabila dalam perjalanan ataupercutian. Elakkan diri anda daripada kekurangan air.

Jangan Mudah Manjakan Diri
Memang bagus dapat berjalan di pusat membeli belah atau menghabiskanmasa berjalan di persisiran pantai. Tetapi jangan sesekali terperangkap dengan “akuboleh makan ni. Penat dah berjalan.” Kawal nafsu makan kerana bukan mudah untukmembakar kalori yang ada.

Bawa Snek yang Sihat
Snek di antara waktu makan utama adalah penting untuk mengelakkanmakan berlebihan. Bawalah makanan yang mudah dan berkhasiat di dalam beg andaseperti buah, kekacang ataupun granola bar.

Tidur Mencukupi
Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tiduryang mencukupi. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengan secukupnya.

Jangan Terlebih Makan
Masa cuti semestinya banyak makanan yang enak boleh di masak atau didapati. Tapi ingat, jangan terlebih makan kerana bimbang perut menjadi tidakselesa dan bakal mengganggu percutian anda. Minum air kosong dahulu sebelummenikmati hidangan.

Amalkan gaya hidup sihat dan kekal sihat semasa bercuti supaya andaboleh menikmati percutian anda dengan lebih indah!

0 Response to " Cara kekal sihat semasa bercuti"

Post a Comment