Cubalah mencari dalam internet
tentang manfaat menggunakan kunyit dan anda dijamin menemui lebih
seratus sebab untuk berbuat demikian. Selain minyak kelapa, kunyit adalah satu lagi rawatan yang sering dicadangkan oleh pengikut Ayurveda.
Ia digunakan di India untuk ribuan tahun sebagai rempah dan herba berubat.
Sains
juga telah mula menyokong cara pengubatan ini kerana kunyit dengan
telusnya dapat mengelak dan mengubati pelbagai penyakit. Menggunakan
kunyit untuk kesihatan anda biasanya dilakukan dengan dua cara iaitu
pengubatan dalaman dan pengubatan luaran.
Di sini ialah beberapa cara menggunakan kunyit di dalam kehidupan seharian anda.
Kunyit dengan susu panas
Masukkan satu camca sudu kunyit ke dalam
susu panas dan minum sebelum tidur. Faedahnya adalah ia akan membantu
pengaliran darah dengan mengelak pembekuan darah, infeksi dan
jangkitan.
Mask Kunyit
Masyarakat India selalu sarankan kunyit untuk mendapat kulit yang sihat dan berseri.Campurkan kunyit dengan yogurt sebagai mask. Biarkan di muka sehingga kering. Ikut kaedah ini dua kali seminggu dan tengoklah tranformasinya!
Kurangkan sakit haid
Dinasihatkan untuk makan kunyit pada
mula dan penghujung kitaran haid. Ini akan bantu mengurangkan sakit
haid, memastikan tempoh haid yang stabil dan membersihkan organ
tersebut. Kunyit tulen harus direneh dengan air sekurang-kurangkan lima
hingga sepuluh minit. Minum air kunyit itu untuk faedah di atas.
Sabun mandi kunyit
Ketika
mandi, sapukan kunyit di seluruh badan anda kemudiannya basuh dengan
sabun ataupun singgah ke kedai orang india dan beli sabun mandi kunyit.
Kredit Gambar : KarinaHeneghen, HealthyFood Star, Learning Herds, Skincare i Hub, WeddingsOnline, Freeimages.com
Sumber
0 Response to " Petua kunyit untuk kecantikan wanita"
Post a Comment