Masalah utama wanita berkerjaya adalah untuk menjaga bentuk badan dalam
kesibukan tugasan harian. Antara pembahagian masa dengan kerjaya dan
keluarga, bila nak bersenam?
Di sini kami cadangkan senaman yang boleh dilakukan dalam masa 30 minit untuk tumpukan bahagian badan bermasalah!
1. Senaman memanaskan badan
Ini bukan kelas Tae Kwon Do yang memerlukan senaman memanaskan badan
selama 1 jam sebelum mulakan latihan. Cukup sekadar berjalan pantas atas
treadmill selama 3 minit sebelum memulakan senaman!
2. Selang-selikan senaman anda. Lakukan senaman push up selama 3 minit. Muatkan seberapa banyak push up yang termampu.
3. Berlari atas treadmill pada kelajuan 6.0 selama 5 minit.
4. Lakukan senaman lunges untuk atasi masalah selulit dan kaki berlemak selama 3 minit.
5. Berlari atas treadmill pada kelajuan 6.5 selama 5 minit.
6. Lakukan senaman squats selama 3 minit.
7. Berlari atas treadmill pada kelajuan 7.0 selama 5 minit.
8. Akhir sekali lakukan senaman untuk kurangkan lemak perut, iaitu sit up atau bicycle crunches selama 3 minit.
Semuanya dalam masa 30 minit sahaja! Kalau diamalkan setiap hari, pasti memperoleh bentuk badan menggoda!
05 February 2015
cara kuruskan badan
cara nak kurus
Info kesihatan
kuruskan badan
petua kuruskan badan
Tip Mudah Berdiet
tips kecantikan
tips kesihatan
tips kuruskan badan
ubat kurus
0 Response to " Kurus dalam masa 30 minit!"
Post a Comment