Proses penyingkiran bahan-bahan
tidak berguna daripada badan merupakan perkara yang penting untuk badan
anda. Hal ini kerana, seringkali badan anda dibebankan dengan proses
pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Setiap
individu harus melakukan detoksifikasi untuk kekal sihat dan cergas.
Pengambilan toksin-toksin melalui makanan, air, produk kosmetik
sebenarnya hanya memudaratkan kesihatan anda.
Jangan risau, anda tidak perlu
berbelanja banyak untuk membeli produk detok malah kaedah semulajadi di
rumah sudah mencukupi. Berikut adalah 5 jenis makanan detoksifikasi yang
perlu ditambah dalam diet harian anda.
Kubis daun (Kale)
Kale merupakan sayuran hijau
yang baik untuk mengeluarkan toksin badan anda. Ahli Ayurveda, perubatan
tradisional India sering mencadangkan sayur kubis daun yang pahit ini
untuk kecergasan tubuh badan. Jika anda tidak tahan dengan rasa
pahitnya, anda boleh mengambil sayur ini dengan campuran salad-salad
lain.
Articok
Articok mengandungi cynarin yang
membantu penyingkiran toksin dalam badan secara semulajadi. Articok
bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga membantu sistem pencernaan
yang baik. Malah, lemak badan anda juga dapat dikurangkan dengan
pengambilan sayuran ini.
Daun Ketumbar
Daun ketumbar ataupun Coriander
juga antara makanan wajib bagi detoksifikasi badan anda. Hal ini kerana
daun ketumbar dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan kandungan
pati minyak dalam ketumbar ini dapat merangsangkan sistem pencernaan
dengan lebih baik.
Halia
Halia
mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin
dan bahan tidak berguna dari badan serta membantu meningkatkan tahap
metabolisma badan.
Brokoli
Sayur brokoli memang berkhasiat untuk badan kita terutamanya bagi golongan wanita. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan anda untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan.
Kredit Gambar: Renaissance Herbs/ Fine Dining/ Wanista/ Adda Pinch
0 Response to " Buang toksin badan dengan 5 jenis sayuran!"
Post a Comment