Penyakit jantung boleh serang remaja seawal 15 tahun

penyakit-jantung-boleh-serang-remaja-seawal-15-tahun

KOTA BHARU, (MLP) - Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Rosli Mohd Ali berkata serangan jantung yang boleh membawa maut boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun. Ini juga termasuk para atlet. 

Punca utama ini adalah kerana faktor pemakanan, cara mereka bekerja dan juga faktor genetik.
Penyakit ini boleh membabitkan sesiapa sahaja termasuk orang yang aktif bersukan berdasarkan factor risiko yang penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.

‘’Terdapat juga mereka yang ketika bermain golf ataupun bersenam dengan tiba-tiba meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung," tambah beliau.

Kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009 mendapati serangan jantung di Malaysia secara puratanya dikenal pasti dialami oleh mereka yang berusia 59 tahun. Ini bermaksud rakyat Malaysia dikategori sebagai `mati muda' iaitu sebelum mereka berpencen.

Ada antara mereka yang berusia 15 hingga 35 tahun yang mati secara mengejut yang berpunca daripada serangan jantung itu.


Kredit Foto : USahawan Acai 

0 Response to "Penyakit jantung boleh serang remaja seawal 15 tahun"

Post a Comment