Kadar metabolisme adalah kadar badan
anda membakar kalori secara asli. Ianya bermaksud, ianya adalah
kemampuan semulajadi badan anda untuk meningkatkan atau memperlahankan
metabolisme tersebut. Apa pula kaitan metabolisme dan basal metabolic
rate (BMR)? BMR adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan sewaktu
anda rehat. Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda setiap
hari tidak kira anda melakukan senaman atau pun tidak. Ianya(BMR)
berubah mengikut umur, ketinggian, jantina, diet dan tabiat senaman. Ia
bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan
jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh.
Tisu otot membakar atau menggunakan
lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.
Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar
metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai
lebih banyak lemak.
Seperti yang kita selalu dengar bahawa
untuk memastikan kita kekal cergas dan dapat membantu mengurangkan
berat badan, kita haruslah meningkatkan metabolisme tubuh badan kita.
Bagaimanakah ianya terjadi? Mari kita lihat beberapa tips untuk
meningkatkan metabolisme badan anda.
Jangan Skip Sarapan dan makan dengan kerap
Seringkali kita dengar sarapan adalah
pembuka hari yang paling penting. Jangan sesekali tinggalkan sarapan
anda. Hal ini adalah kerana sarapan pagi akan menaikkan kadar
metabolisme pagi anda. Makanan yang berkhasiat dalam jumlah lebih kurang
250 kalori sudah cukup untuk menaikkan metabloisme badan anda.
Harus diingatkan bahawa sekiranya
perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan
'minyak'. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda
mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu,
kita juga harus makan dengan kerap akan tetapi dengan jumlah hidangan
yang sedikit. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin
yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
Tambahkan rasa pedas dalam masakan anda
Sekiranya anda suka memakan makanan
yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin
di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda
memakannya. Sebagai contoh, terdapat kajian yang dilakukan di Jabatan
Pertanian dan Penyelidikan di Amerika Syarikat membuktikan bahawa
menambah Cinnamon didalam masakan anda juga dapat menigkatkan
metabolisme badan anda.
Vitamin C
Suplemen Vitamin C juga penting.
Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan
metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C
membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut. Contoh yang terbaik
yang boleh diberikan disini adalah dengan memakan buah kiwi. Buah kiwi
mengandungi Vitamin C yang tinggi. Jika anda menambah 500 mg untuk hari
anda, anda membakar lemak 39% lebih apabila anda bersenam. Akan tetapi
pastikan anda tidak mengambil Vitamin terlalu baik sehari seperti dalam
2000mg kerana anda akan mengalami kesan buruk seperti kembung, gas, dan
cirit-birit.
Menambah kromium dalam tubuh badan anda
Apakah itu kromium-3? Ia adalah bahan
semulajadi yang terdapat didalam sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan
yis. Ianya dapat membantu membakar kalori seperti Kromium, yang ditemui
dalam tomato dan dalam bentuk tambahan, juga meningkatkan cara anda
membakar lemak. Pastikan anda mendapat kromium yang mencukupi dalam diet
anda untuk membantu badan anda membakar lebih banyak kalori.
Menikmati cahaya matahari diluar
Ianya telah terbukti bahawa cahaya
terang meningkatkan metabolisme anda dan juga membantu anda meningkatkan
kekuatan tulang dan otot. Oleh itu, bergeraklah anda mengambil angin
diluar rumah atau pejabat anda. Waktu terbaik yang boleh dilakukan
adalah ketika awal pagi, 11 pagi dan 3 petang. Ianya dapat menaikkan
kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
0 Response to " Metabolisme? Apa yang anda perlu tahu."
Post a Comment