Masalah yang selalu dihadapi oleh
kebanyakan orang pada hari ini ialah apabila sesorang itu menghidap
sintom gemuk air atau istilahnya retensi air. Gemuk air atau 'water
retention' ini berpunca daripada kadar sodium di dalam yang badan tinggi
dan tidak berupaya untuk dikeluarkan oleh badan. Oleh itu tubuh badan
akan berasa amat berat dengan kandungan cecair yang berlebihan dan
menyebabkan seseorang itu akan cenderung kepada penyakit obesiti.
Cara mudah untuk mengenali jika anda
adalah gemuk air apabila badan seakan lembik dan beralun. Jika ya, anda
perlu untuk mengambil langkah langkah menghindari sintom gemuk air ini
kerana pelbagai penyakit akan menyerang sistem tubuh. Antaranya
mengakibatkan anda lebih mudah untuk mendapat penyakit darah tinggi lalu
mengancam sistem buah pinggang dan juga terdedah kepada penyakit
jantung. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan gemuk air ini?
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam dan makanan yg masam
kerana garam itu sendiri menyumbang kepada retensi air. Mereka yang
banyak makan makanan bergaram akan lebih menyimpan banyak air.
Tingkatkan pengambilan air.
Walaupun retensi air ini berpunca dari
air itu sendiri, seseorang perlu meningkatkan pengambilan air kerana
akan membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair yang terperangkap
dalam tisu badan dan juga membersihkan buah pinggang.
Lebihkan makanan yang berserat
Makan yang berserat serta kaya kalsium
dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air yang terdapat dalam
badan. Tambahan lagi, seeloknya untuk melebihkan pengambilan makanan
bervitamin B kerana jenis jenis makanan tersebut akan juga menyingkirkan
lebihan air dalam badan.
Akhir sekali, amalkan pemakanan yang
sihat dan seimbang, serta lakukan banyak senaman kardio untuk tubuh
mengeluarkan peluh. Toksin-toksin yang terkumpul akan lebih mudah
dikeluarkan melalui senaman kardiovaskular. Harus juga diingatkan, dalam
usaha untuk mengelakkan retensi air, adalah tidak disarankan untuk
menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet anda. Ini kerana
sodium merupakan mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan
mengawal cecair badan. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar nutrisi sebelum
memulakan sebarang aktiviti berdiet.
0 Response to "Retensi air dalam badan"
Post a Comment