Bolehkah saya menjalankan diet secara mendadak (crash diet)?

bolehkah-saya-menjalankan-diet-secara-mendadak-crash-diet

Diet mendadak memang sangat ‘memikat’ kerana ia menjanjikan keputusan yang cepat. Tetetapi dalam jangka masa panjang, ia tidak berkesan.

Tapi bolehkah anda mengamalkannya? Sudah tentu boleh – tiada sesiapa yang boleh menghalang. Tapi perlu memahami keburukannya dan yang penting, ada pelan diet yang lebih baik SELEPAS diet crash itu.

Hidup adalah tentang membuat pilihan.Yang penting adalah membuat keputusan yang tepat dan betul. Jadi, anda samada anda memilih untuk menigkuti diet secara mendadak atau tidak, anda harus fahami akibat dari pilihan anda itu. Disini, saya ingin membantu anda untuk memebri harapan baru pd diet mendadak itu.

Apakah itu diet mendadak?
Kita semua tahu, diet mendadak adalah sesuatu yang ekstrim tetetapi definisi sebenar diet mendadak adalah:


- Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang
- Defisit kalori sebanyak 1000 atau kurang ( contohnya, DCR anda ialah 2500, tetetapi anda hanya mengambil 1000 kalori atau kurang dari itu.

Adakah ia berkesan?
Dari aspek penurunan berat bdn, ya, ia berkesan. Dari apa yang kita belajar setakat ini, penurunan berat bdn adalah tentang pengurangan kalori ( kalori masuk kurang dari kalori keluar). Diet mendadak adalah pengurangan kalori yang besar. Maka, penurunan berat juga berlaku secara mendadak.

Tetetapi ada keburukkannnya, antaranya:
1. Cepat penat/fatigue
2. Mudah cedera.
3. Tidak dapat diamalkan untuk jangka masa panjang.
4. Mudah sakit
5. Kehilangan otot.

Akhirnya ia pilihan anda tapi buatlah pilihan yang terbaik untuk jangka masa panjang.

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle/beauty

0 Response to "Bolehkah saya menjalankan diet secara mendadak (crash diet)?"

Post a Comment