Cantik sememangnya sangat subjektif. Sesiapa pun boleh nampak cantik,
kalau tahu caranya. Kami kongsikan di sini tabiat kecantikan yang anda
perlu mulakan agar anda tampil cantik menawan, walau siapa pun yang
memandang.
Mekap 'natural'
Melainkan anda perlu naik pentas untuk berlakon opera, anda tak perlukan
mekap yang tebal. Mekap yang tebal akan membuatkan anda nampak tua
daripada usia sebenar. Dalam masa yang sama, tidak baik untuk kesihatan
kulit.
Penggunaan penyamar noda
Penyamar noda atau nama popularnya concealer sering dilupakan. Ramai
yang terus pakai bedak asas. Concealer hanya digunakan apabila ada parut
atau lingkaran gelap bawah mata yang teruk. Concealer sebenarnya
membantu mendapatkan efek wajah yang lebih berseri dan 'hidup'.
Mata atau bibir
Jangan sesekali pakai mekap yang tebal pada kedua-dua ini dalam masa
yang sama. Jika anda mengenakan mekap mata yang tebal (smokey eyes),
pilihlah warna gincu yang lebih 'natural'.
Cuba terlebih dahulu
Jangan beli sebarang warna alat solek sebelum mencubanya. Cantik pada orang lain, belum tentu cantik dan sesuai untuk anda.
Pelindung matahari
Di Malaysia, sunscreen atau pelindung matahari sangat penting kerana
cuaca yang panas setiap hari. Semua orang tahu kesan tidak baik cahaya
matahri pada kulit, jadi jangan ambil mudah.
Diet sihat
Cantik sebenarnya datang dari dalam. Justeru, amalan pemakanan yang
sihat amat diperlukan. Jumpalah doktor atau pakar pemakanan agar mereka
boleh membantu anda mendapatkan diet yang sesuai dengan anda.
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle/beauty
19 March 2015
cara kuruskan badan
cara nak kurus
Info kesihatan
kuruskan badan
petua kuruskan badan
Tip Mudah Berdiet
tips kecantikan
tips kesihatan
tips kuruskan badan
ubat kurus
0 Response to " 6 'tabiat' cantik"
Post a Comment