Mandian untuk relaks dan pembuangan toksin badan

mandian-untuk-relaks-dan-pembuangan-toksin-badan

Mandian garam laut

Mandi garam adalah salah satu daripada bahan mandian yang tertua di luar sana, dan telah digunakan selama beberapa dekad untuk membantu orang ramai berehat. Tetapi adakah anda juga tahu bahawa garam itu sendiri boleh membantu untuk menarik toksin daripada badan, dan juga menyediakan faedah tambahan untuk kulit anda. Beberapa faedah yang dilaporkan dari mandi ini ialah mempunyai lebih banyak tenaga pada siang hari, dan anda akan berasa lebih bertenaga sepanjang hari

Mandian Hidrogen Peroksida


Juga disebut sebagai mandi detox oksigen, penggunaan hidrogen peroksida memberikan  banyak ciri-ciri penyembuhan. Sebagai permulaan ia membantu badan anda menyingkirkan toksin. Ia juga merupakan sebagai  anti-bakteria dan anti-virus. Masa rendaman yang disyorkan adalah setengah jam, jadi nikmati dan jangan lupa untuk menenangkan minda ketika mandian ini. 

Mandian Halia


Halia adalah akar yang mempunyai banyak ciri-ciri yang sihat apabila anda memakannya, tetapi ia juga boleh digunakan dalam cara lain untuk membantu badan, seperti membuat mandi halia. Halia boleh dicampurkan pada mandian dalam pelbagai bentuk, sama ada parutan halia segar ke dalam tab mandi atau percikan sedikit serbuk halia ke dalam air. Ianya dikatakan bahawa adalah satu cara untuk mengeluarkan peluh pada badan dan mengurangkan toksin, serupa dengan terapi sauna atau duduk dalam bilik wap. Ia juga menenangkan, membersihkan dan menyegarkan.

Sumber

0 Response to "Mandian untuk relaks dan pembuangan toksin badan"

Post a Comment