03 February 2015
cara kuruskan badan
cara nak kurus
Info kesihatan
kuruskan badan
petua kuruskan badan
Tip Mudah Berdiet
tips kecantikan
tips kesihatan
ubat kurus
Cara berkesan buang lemak lengan
Segan ingin pakai baju tanpa lengan,terutamanya apabila jelas kelihatan lemak di lengan. Usah bimbang kerana kali ini kami tumpukan kepada senaman yang bantu menegangkan lengan anda.
Bodyweight Bench Dips
Boleh dibuat dimana-mana sahaja, dengan menggunakan bangku di gym atau sofa di rumah. Kajian turut menunjukkan bahawa senaman bodyweight bench dips merangsang pergerakan otot, terutamanya otot dada, bahu dan bahagian belakang badan. Dengan memegang sofa/bangku, angkat badan ke atas menggunakan otot tangan.
Triceps push ups
Letakkan tangan betul-betul di bawah bahu. Angkat badan dan bawa badan perlahan ke lantai sehingga dada bersentuh lantai. Ulangi sebanyak 10 kali.
Angkat berat
Senaman terbaik untuk buang lemak di lengan adalah dengan amalkan angkat berat. Kesilapan utama adalah memikirkan angkat berat akan membuatkan lengan anda kelihatan seperti Madonna. Usah bimbang kerana berat tertentu diselang seli dengan senaman lain akan bantu tone bentuk badan anda.
Yoga
Yoga bukan sekadar memberi ketenangan jiwa, malah baik diamalkan untuk kurangkan lemak lengan.
Sumber
0 Response to "Cara berkesan buang lemak lengan"
Post a Comment