5 Mitos Senaman Dan Nutrisi (Bahagian 2)

Mitos 6: Sekarang, saya sudah mula berlatih, bolehlah saya makan apa saja.
Realiti: Anda sudah mula berlatih sekarang. Apa yang anda makan lagi penting. Anda perlukan makanan berkhasiat bukan yang sia-sia. Anda akan berasa lebih bertenaga, bukan saja semasa berlatih, malahan sepanjang hari serta tidur nyenyak dan mampu melawan beberapa penyakit.

Mitos 7: Kalau wanita angkat berat, tubuh mereka jadi sasa dan berketul-ketul.
Realiti: Saya dah biasa sangat dengan kenyataan begini. Sebenarnya tidak ramai wanita yang ada nisbah testosteron ke estrogen yang membawa kepada pertambahan saiz otot. Wanita yang nampak sasa itu sebenarnya menyimpan banyak lemak. Susah bagi wanita Asia membentuk tubuh yang besar dan padu. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh membentuk tubuh yang tegap dengan latihan yang lebih ringan (lebih 25 kali) daripada hanya beberapa kali latihan berat.
Mitos 8: Makan banyak protein akan menambah pertumbuhan otot.
Realiti: Terutama protein daripada makanan tambahan. Benar, protein membekal bahan bakar kepada otot. Cuba fikirkan – adakah dengan menambahkan petrol ke dalam tangki akan membuatkan kereta anda bergerak? Tentu tidak! Petrol tambahan digunakan hanya apabila diperlukan. Samalah macam tubuh manusia. Lebih protein tidak membina otot. Ia hanya menyediakan bahan bakar untuk otot apabila diperlukan.

Jangan keliru antara bahan bakar dengan lemak, karbohidrat atau protein. Protein digunakan untuk membina semula otot selepas latihan. Lihat Bab 9 (Suplemen dan Anda).

Mitos 9: Saya boleh makan semua makanan lemak sifar.
Realiti: Banyak syarikat menyalahgunakan istilah makanan ‘sifar lemak’ ini untuk melariskan produk mereka. Apa yang mengurang atau menambahkan berat badan bukannya lemak, tetapi jumlah kalori. Ada juga minuman lemak sifar ini mengandungi kalori berbanding dengan minuman biasa yang bergula (karbohidrat). Makanan/minuman begini memang lazat. Dikhuatiri anda terlebih makan pula nanti.
Mitos 10: Semua kalori sama sahaja.
Realiti: 
• Lemak menjadi lemak tubuh – 3 kali ganda lebih mudah daripada karbohidrat
• Lemak menjadi lemak tubuh – 5 kali ganda lebih mudah daripada protein
• Karbohidrat menjadi lemak tubuh – 1.67 kali lebih mudah daripada protein

0 Response to "5 Mitos Senaman Dan Nutrisi (Bahagian 2)"

Post a Comment