BEAUTY TIPS: Atasi masalah parut jerawat anda!

beauty-tips-atasi-masalah-parut-jerawat-anda

Jerawat dan parut jerawat memberi impak terhadap  kehidupan sosial  anda dan menjadikan anda kurang yakin dengan diri sendiri. Kadang- kadang, produk yang menjamin kecantikkan tidak benar- benar berkesan.

Jemu menggunakan pelbagai produk tetapi masalah parut jerawat tidak selesai? Kami berikan anda 3 cara yang boleh dilakukan di rumah untuk mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat anda!

Memang murah dan mudah!

Madu 

Madu adalah salah satu rawatan yang terbaik untuk jerawat dan parut jerawat. Ia melembutkan kulit anda dengan mengurangkan kesan merah dan kerengsaan. Bukan itu sahaja,  madu juga memudarkan bintik/tompok hitam.

Cara: Gunakan madu pada parut jerawat dan biarkan semalaman.

Buah lemon

Buah lemon mengandung Alpha-Hidrocxy Acid yang dapat membantu pengelupasan sel-sel kulit mati dan mampu menghilang parut jerawat.
         
Cara:  Perah jus lemon dan sapukan pada parut jerawat/seluruh muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Air Mawar

Air mawar membantu merawat jerawat dan menghaluskan pori-pori lalu mencantikkan kulit secara semulajadi.

Cara:  Anda boleh membuat air mawar sendiri dengan mencampurkan kelopak bunga mawar dengan air mendidih. Gunakan air mawar ini sebagai ‘toner’ setiap hari.

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my

0 Response to "BEAUTY TIPS: Atasi masalah parut jerawat anda!"

Post a Comment