Antara azam tahun baru yang paling popular, khususnya di kalangan
wanita adalah mahu menguruskan badan. Kami berikan anda tiga sebab
kenapa nak kurus adalah satu azam yang sangat 'over-rated' dan tak
diperlukan pun.
1. Anda membawa 'the bad' ke tahun baru
Azam baru sepatutnya positif. Dengan buat azam nak kurus, anda seolah-olah tak puas hati dengan diri sendiri, walaupun dah masuk tahun baru. Kenapa nak bawa penyesalan tahun lepas ke tahun ini?
Kami cadangkan, instead of focusing on correcting bad habit, apa kata letakkan niat mahu jadi lebih baik. Apa yang anda mahu adalah sihat. Jadi fikirkan cara bagaimana nak hidup sihat; bersenam, pilihan makanan yang betul dan jalani gaya hidup yang sihat. Lebih senang dan tak stress, kan?
2. Terlalu 'samar'
Nak turunkan berat badan memang boleh, tetapi banyak mana? Turunkan 1kg pun dikira penurunan. Berapa lama pula tempoh yang ada?
Buatlah satu sasaran yang realistik, yang anda mampu tangani. Nak turun 20kg dalam masa sebulan? You are planning to fail, my dear. Fokus pada perancangan, seperti berenang atau berbasikal dua kali seminggu. Lambat laun, tanpa anda sedar, berat anda turun dengan sendiri.
3. Sebab nak turun berat badan yang sangat 'superficial'
Kenapa anda nak kurus? Sebab orang di sekeliling anda nampak kurus dan langsing. Kerana persepsi masyarakat yang mengatakan kurus itu cantik. Jika itulah sebabnya, lupakan sahaja. Mereka yang berdiet sebab nak penuhi kehendak persepsi masyarakat, biasanya tak ke mana.
Letakkan objektif diri sendiri sebagai motivasi. Anda mahu sihat, maka hidup anda juga akan lebih positif. Dan jika itu cara hidup anda, anda tak perlu buat azam tahun baru lagi.

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle/beauty
0 Response to "Azam nak kurus? Tak perlu!"
Post a Comment