5 amalan harian untuk kurus

5-amalan-harian-untuk-kurus

Mahu cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus? Kami senaraikan 5 tips yang amat mudah diamalkan dalam kehidupan seharian yang dijamin mampu membantu anda menurunkan berat badan.

AIR MASAK


Lupakan air bergas atau air berperisa yang lain. 2 liter air masak membantu proses pemecahan lemak, pembuangan toksin dan melancarkan sistem penghadaman.

BERJALAN 45 MINIT

Luangkan masa 45 minit setiap hari untuk berjalan. Anda boleh pilih untuk berjalan secara santai di taman, pusat beli-belah atau pun pasar malam.

BUANG BAJU 'GELEBEH'

Secara psikologi, ia membantu anda untuk berusaha kekalkan berat badan ideal supaya anda boleh muat dalam pakaian yang sedang elok dengan anda.

GUNA PINGGAN KECIL

Makan dalam besar pinggan, anda akan rasa nak penuhkan pinggan itu dengan makanan. Kononnya nak makan satu round terus. Percayalah, ia tak berkesan.

SUKA WARNA BIRU

Kalau anda tak suka warna biru, ini masa untuk tukar warna kegemaran. Percaya atau tidak, kajian membuktikan warna biru berupaya membuatkan selera anda menurun. Jadi kelilingi diri anda dengan warna biru.       

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my

0 Response to " 5 amalan harian untuk kurus"

Post a Comment