Walaupun ramai sedar akan
kepentingan sarapan pagi, tetapi mereka sering mengabaikan
pengambilannya kerana sibuk dengan kerja harian mereka.
Malah, ada juga segelintir masyarakat
yang sering memilih sarapan pagi yang tidak sihat seperti nasi lemak,
roti canai dan kuih muih. Walaupun makanan ini enak dan mengenyangkan
perut, tetapi ia tidak mengandungi sebarang khasiat atau vitamin yang
diperlukan oleh badan anda. Makanan sebegini hanya memudaratkan
kesihatan anda.
Kita perlu memastikan bahawa sarapan yang kita amalkan itu adalah sihat dan seimbang.
Sebenarnya, memilih sarapan pagi yang
berkhasiat bukannya susah! Anda cuma perlu tambahkan pengambilan makanan
yang lebih bertenaga dan kurangkan yang berlemak serta gula yang
tinggi.
Berikut adalah 4 sarapan pagi yang anda boleh amalkan. Mudah dan berkhasiat!
Telur
Telur
mempunyai protein yang tinggi untuk badan anda! Telur dadar bercampur
sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, atau cendawan
merupakan pilihan sarapan pagi yang baik. Tetapi, jangan terlampau,
kerana telur kuning mempunyai kolestrol yang tinggi.
Roti Bakar
Roti
bakar memang cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Cubalah
dengan mentega yang sedikit ataupun makan secara kosong. Senang je kan!
Sandwich tuna
Sandwich
tuna dengan sebiji epal juga merupakan pilihan sarapan yang berkhasiat.
Sarapan ini boleh memberi tenaga yang tinggi untuk sepanjang hari.
Bijirin
Bijirin
atau dikenali sebagai ‘cereal’ menjadi pilihan sarapan pagi yang
digemari ramai. Bijiran dengan campuran susu segar (rendah lemak)
merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk
disediakan. Untuk menambah vitamin, masukkan beberapa hirisan buah
seperti epal, pisang atau strawberi.
Bagi melengkapkan hidangan sarapan anda,
minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Senang kan? Jom
mulakan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Kredit Gambar: Paparich/ Telegraph/ Simple Recipes
Sumber http://news.mylaunchpad.com.my
0 Response to " 4 sarapan pagi yang sihat dan mudah!"
Post a Comment