Adakah anda sedang berdiet?
Atau bercadang untuk menurunkan berat badan anda? Jika ya, ini adalah
beberapa makanan sihat yang anda perlu tahu untuk mengelakkan
kemudaratan kesihatan semasa berdiet.
Ada segelintir masyarakat terutamanya
golongan muda yang salah tafsir maksud ‘diet’ dengan tidak mengambil
sebarang makanan khasiat, malah duduk berjam – jam tanpa makan!
Perbuataan itu pasti bukan cara yang
baik, malah ia hanya akan mendatangkan keburukan. Dalam menu diet, sayur
dan buah-buahan perlu diberi keutamaan. Anda pasti akan mencapai berat
badan yang diingini jika ia dilakukan dengan cara makanan yang betul.
Berikut adalah 4 makanan diet yang sihat untuk badan dan perlu diamalkan dalam menu diet anda.
Sayuran hijau
Daun salad dan sawi adalah antara
sayuran yang sering dipilih sebagai menu diet yang sihat. Memanglah!
Lebih banyak warna hijau, lebih bagus untuk tubuh badan kita! Sayuran
hijau sebenarnya mengandungi kalori yang relatif sedikit, menjadikan ia
sebagai pilihan yang terbaik untuk makanan diet. Bukan itu sahaja,
makanan hijau ini juga melancarkan pencernaan.
Tahu
Tahukah anda bahawa tahu yang dibuat
dari biji keledai ini mengandungi protein yang baik untuk badan anda?
Makanan ini juga merupakan pilihan terbaik untuk jantung kita.
Epal
Buah epal merupakan makanan diet yang
digemari ramai. Buah ini mengandung vitamin dan serat yang baik untuk
tubuh anda. Bukan itu sahaja, buah epal juga mampu menghilangkan nafsu
makan berlebihan. Kalau tidak suka makan buah, jus epal pun cukup bagus,
tetapi ingat, minum tanpa gula!
Bijiran Oat
Bijirin Oat adalah makanan yang sesuai
bagi semua peringkat umur. Oat mengandungi kalsium, protein, magnesium,
zat besi, zink dan vitamin E yang amat baik untuk tubuh badan anda.
Malah, bijirin oat lebih berkhasiat daripada makanan bijirin lain
seperti gandum dan rai. Makanan ini pasti menjadi pilihan terbaik untuk
sarapan pagi. Lupakan nasi lemak dan mula amalkan pengambilan oat!
Akhir sekali, jangan lupa untuk minum air 8 gelas sehari!
Kredit Gambar: Oze/Asam Garam/ Republika
0 Response to " 4 makanan diet yang wajib anda tahu"
Post a Comment